Khamis, 13 Julai 2017 - Syukur kehadrat Allah S.W.T tahun ini Katering Aiskrim Atok Gon diberi kepercayaan untuk menyajikan 7000 aiskrim kon kepada warga Putrajaya untuk majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2017 Wilayah Persekutuan Putrajaya yang diadakan di perkarangan Perbadanan Putrajaya.. Ini merupakan tugas terbesar kami pada tahun ini.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan cuaca sangat baik. Kami dari Katering Aiskrim Atok Gon ingin mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Wilayah kerana menaja dan mempercayai kami untuk menyajikan aiskrim untuk majlis ini. Terima kasih juga kami ucapkan kepada pengunjung-pengunjung yang datang ke rumah terbuka ini dan diharap semua tetamu dapat menikmati aiskrim kami. Katering Aiskrim Atok Gon berusaha menjadi yang terbaik dari tahun ke tahun. Kami akan berusaha untuk terus kehadapan demi bisnes kami dan kepuasan pelanggan. Kami merupakan katering aiskrim kon nombor 1 di Putrajaya, dan kami ingin menjadi katering aiskrim nombor 1 di Lembah Kelang. Jadi dengan kesempatan yang ada ini kami di Katering Aiskrim Atok Gon ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan ingin mengingatkan anda semua tentang Promosi Aiskrimvaganza Raya 2017 kami yang masih berlangsung sehingga akhir Syawal. Dapatkan khidmat katering aiskrim terbaik untuk majlis anda dengan Katering Aiskrim Atok Gon. Majlis anda pasti meriah dengan kehadiran kami. Klik butang dibawah untuk lihat pakej promosi kami. Jangan lepaskan promosi super berbaloi ini. Jom tempah sekarang.
0 Comments
Yay! Aiskrim Atok Gon kini selangkah kehadapan untuk untuk terus berkembang dan manjadikan Aiskrim Atok Gon jenama yang unggul di Malaysia.
Untuk tahun 2017 ni , kami kini membekalkan aiskrim untuk kedai atau retoran yang dirasakan sesuai. Sabtu lalu kami telah membekalkan Aiskrim Atok Gon di Vencolldra Gaming Studio di Rawang. Kepada kaki-kaki gamers yang tinggal di Rawang boleh datang ke Vencolldra Gaming Studio dan main game sambil layan aiskrim kami yang memang superb. Kepada anda yang mempunyai kedai/restoran yang ingin mendapatkan untung percuma tanpa modal. Kami sedia membantu, kami akan bekalkan aiskrim di kedai anda dengan harg yang anda tentukan. Mudah bukan? Anda akan mendapat untuk atas setiap jualan aiskrim. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami. Kami sedia membantu. 2016 dah berlalu, dan 2017 kini menjelma menantikan reaksi kita untuk terus maju kehadapan dengan pencapaian lebih baik daripada tahun 2016.
Dengan ini kami di Katering Aiskrim Atok Gon menyahut cabaran tahun 2017 dengan melancarkan rupa serta imej baru laman web kami untuk ke arah tahun 2017 yang lebih maju dan menjadikan tahun ini tahun yang terbaik dari segala aspek untuk bisnes katering aiskrim kami. Kami di Katering Aiskrim Atok Gon berjanji untuk berusaha sedaya upaya dengan izinNYA untuk memperbaiki segala kesilapan atau kelemahan kami dari segi bisnes, servis, kualiti dan persembahan untuk tahun 2017. Diharap pelanggan dan pembaca website kami lebih mudah untuk melayari website baru kami dan memudahkan pelanggan untuk mengetahui lebih lanjut tentang khidmat, servis kami untuk menyajikan aiskrim terbaik untuk majlis anda. Kami doakan juga kepada anda untuk terus maju kehadapan untuk terus menjadikan diri anda atau apa saja yang anda lakukan akan lebih baik pada tahun 2017 ini. Semoga Allah SWT memberikan kita keredhaan dalam apa jua yang kita lakukan untuk hidup di dunia ini dan terus menuju ke jannah. Assalamualaikum ... Raya tahun ini raya yang paling bersejarah buat Katering Aiskrim Atok Gon kerana kami telah diberi kepercayaan untuk menghidangkan 7000 kon aiskrim untuk majlis Rumah Terbuka Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.
Kesemua 7000kon aiskrim ini di sponsor oleh Yayasan Wilayah Persekutuan. Kami telah bukak tiga stall aiskrim untuk majlis ini, dua untuk public dan satu untuk VIP. Ini merupakan pencapaian terbesar Aiskrim Atok Gon selama setahun lebih berkecimpung dalam bidang katering aiskrim. Bukan mudah untuk kami hidangkan 7000 kon aiskrim kepada public dalam masa 3 jam. Terima kasih kepada semua crew Atok Gon yang menjayakan majlis ini. Kami dari Katering Aiskrim Atok Gon akan berusaha menjadikan kami katering aiskrim No.1 di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Semoga Allah membantu kami dalam segala urusan kami yang akan datang. Alhamdulillah... buat pertama kalinya dalam sejarah kami Katering Aiskrim Atok Gon telah menyediakan khidmat pakej katering aiskrim untuk tiga majlis serentak. Alhamdulillah ketiga-tiga majlis berjalan lancar. Ini meruapakan satu pencapaian baru bagi kami.
Assalamualaikum. Diharap semua sihat belaka dan berbahagia disamping keluarga tersayang. Kali ni saya nak kongsi sedikit pengalaman peribadi saya tentang kepentingan kad bisnes sejak saya memulakan perniagaan khidmat katering aiskrim Atok Gon ini. Diharap pengalaman dan info yang saya kongsikan dapat membantu perniagaan anda semua. Insyallah.
|
Atok Gon BlogBlog tentang aktiviti serta promosi Katering Aiskrim Atok Gon
Kategori |