Khamis, 13 Julai 2017 - Syukur kehadrat Allah S.W.T tahun ini Katering Aiskrim Atok Gon diberi kepercayaan untuk menyajikan 7000 aiskrim kon kepada warga Putrajaya untuk majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2017 Wilayah Persekutuan Putrajaya yang diadakan di perkarangan Perbadanan Putrajaya.. Ini merupakan tugas terbesar kami pada tahun ini.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan cuaca sangat baik. Kami dari Katering Aiskrim Atok Gon ingin mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Wilayah kerana menaja dan mempercayai kami untuk menyajikan aiskrim untuk majlis ini. Terima kasih juga kami ucapkan kepada pengunjung-pengunjung yang datang ke rumah terbuka ini dan diharap semua tetamu dapat menikmati aiskrim kami. Katering Aiskrim Atok Gon berusaha menjadi yang terbaik dari tahun ke tahun. Kami akan berusaha untuk terus kehadapan demi bisnes kami dan kepuasan pelanggan. Kami merupakan katering aiskrim kon nombor 1 di Putrajaya, dan kami ingin menjadi katering aiskrim nombor 1 di Lembah Kelang. Jadi dengan kesempatan yang ada ini kami di Katering Aiskrim Atok Gon ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan ingin mengingatkan anda semua tentang Promosi Aiskrimvaganza Raya 2017 kami yang masih berlangsung sehingga akhir Syawal. Dapatkan khidmat katering aiskrim terbaik untuk majlis anda dengan Katering Aiskrim Atok Gon. Majlis anda pasti meriah dengan kehadiran kami. Klik butang dibawah untuk lihat pakej promosi kami. Jangan lepaskan promosi super berbaloi ini. Jom tempah sekarang.
0 Comments
Memang banyak katering aiskrim yang ada di Malaysia lagi-lagi di Kuala Lumpur dan Selangor. Setiap perniagaan akan ada pesaing produk yang sama anda lakukan. Kami di Katering Aiskrim Atok Gon juga tidak terlepas dari saingan dari pengusaha katering aiskrim yang lain.
Tapi kami Aiskrim Atok Gon berusaha menjadikan khidmat katering aiskrim kami menjadi khidmat katering aiskrim terbaik d Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dari semasa ke semasa. Kami akan memberbaiki segala kelemahan dan akan terus berkembang maju untuk menjadi lebih bak dari pesaing kami. Salah satu keistimewaan Katering Aiskrim Atok Gon ialah kualiti dan perisa aiskrim kami. Kami tidak menggunakan aiskrim murah seperti kebanyakkan pengusaha katering aiskrim yang lain di luar sana. Aiskrim kami yang berkualiti tinggi mempunyai rasa yang sungguh berkrim. Kami juga mempunyai pilihan perisa yang unik daripada katering aiskrim yang lain. Kami ada 8 jenis perisa aiskrim yang boleh dipilih untuk disajikan kepada tetamu majlis anda. Walaupun semua katering aiskrim ada menyediakan aiskrim coklat, tapi perisa aiskrim Double Chocolate lebih baik dari segala segi termasuk rasa coklat, tekstur dan rasa yang lebih berkrim. Jadi untuk anda yang ingin menyajikan aiskrim untuk sebarang majlis anda tak kira majlis kenduri kahwin, jamuan, aqikah dan sebagainya. Pastikan anda memilih Katering Aiskrim Atok Gon untuk memastikan aiskrim yang akan dihidangkan kepada tetamu anda adalah aiskrim yang terbaik. Jom tempah sekarang! 2016 dah berlalu, dan 2017 kini menjelma menantikan reaksi kita untuk terus maju kehadapan dengan pencapaian lebih baik daripada tahun 2016.
Dengan ini kami di Katering Aiskrim Atok Gon menyahut cabaran tahun 2017 dengan melancarkan rupa serta imej baru laman web kami untuk ke arah tahun 2017 yang lebih maju dan menjadikan tahun ini tahun yang terbaik dari segala aspek untuk bisnes katering aiskrim kami. Kami di Katering Aiskrim Atok Gon berjanji untuk berusaha sedaya upaya dengan izinNYA untuk memperbaiki segala kesilapan atau kelemahan kami dari segi bisnes, servis, kualiti dan persembahan untuk tahun 2017. Diharap pelanggan dan pembaca website kami lebih mudah untuk melayari website baru kami dan memudahkan pelanggan untuk mengetahui lebih lanjut tentang khidmat, servis kami untuk menyajikan aiskrim terbaik untuk majlis anda. Kami doakan juga kepada anda untuk terus maju kehadapan untuk terus menjadikan diri anda atau apa saja yang anda lakukan akan lebih baik pada tahun 2017 ini. Semoga Allah SWT memberikan kita keredhaan dalam apa jua yang kita lakukan untuk hidup di dunia ini dan terus menuju ke jannah. Assalamualaikum ... Kami dari Katering Aiskrim Atok Gon ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Malaysia. Semoga Allah memberkati anda semua.
Sempena hari raya ini kami akan mengadakan promosi untuk anda yang hendak mengadakan majlis jamuan raya atau kenduri kahwin. Promosi kali ini kami berikan diskaun dan 10% aiskrim percuma untuk setiap tempahan. Jadi jangan lupa dapatkan pakej katering aiskrim murah dan berbaloi untuk majlis anda sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Pastinya majlis anda lebih meriah dengan kehadiran Katering Aiskrim Atok Gon. Assalamualaikum semua... Hari ni saya nak kongsikan kelebihan katering aiskrim Atok Gon dari katering aiskrim yang lain. Banyak sekarang ni katering aiskrim meggunakan soft ice cream yang macam McDonalds tu. Dan juga banyak yang sama macam Aiskrim Atok Gon yang menggunakan hard ice cream atau aiskrim cedok/aiskrim kon.
Tapi apa yang menjadikan Aiskrim Atok Gon unik dari yang lain adalah kami memberikan pilihan perisa aiskrim yang luar biasa dari katering aiskrim yang lain. Aiskrim kon kami boleh dipilih dari 9 perisa aiskrim yang memukau. Anda boleh pilih dari Chocolate, Vanilla, Strawberry, Butterscotch, Lime RIpple, Raspberry Ripple, Chocolate Ripple, Coconut dan Caramel Ripple. Kesemua perisa ini hanya boleh didapati dari pakej katering aiskrim kami. Kebanyakkan katering aiskrim yang lain menggunakan aiskrim komersial yang murah. Tapi tidak bagi kami. Kami akan sajikan aiskrim yang bermutu tinggi dengan resipi aiskrim dari Arab Saudi. Jadi jika anda memerlukan khidmat katering aiskrim untuk majlis anda terutamanya di Lembah Klang dan Putrajaya, boleh contact kami sekarang untuk book tarikh majlis anda bersama Aiskrim Atok Gon. Kami menjanjikan kepuasan perisa aiskrim premium yang memukau untuk disajikan kepada tetamu majlis anda. Hujung minggu ni akan menjadi minggu yang sangat sibuk bagi kami kerana ramai yang mengadakan majlis akikah dan kahwin sempena cuti panjang Tahun Baru Cina.
Di sini kami paparkan gambar stok aiskrim chocolate, strawberry dan vanilla yang kami standby untuk katering aiskrim kami. Ni pun masih belum cukup sebab ada satu majlis kahwin lagi baru booking dengan Katering Aiskrim Atok Gon. Jadi kami akan terus bekerja memeriahkan majlis anda di Putrajaya, Pajam dan Sungai Besi. Jadi kepada anda yang nak adakan majlis boleh book terus katering Aiskrim Atok Gon sebelum ada orang lain book. Diharap segala persiapan kami berjalan lancar dan anda semua diberkati Allah SWT. Aiskrim Atok Gon menawarkan pakej katering aiskrim kon untuk pelbagai majlis untuk sekitar Putrajaya dan Lembah Klang. Kali ni kami nak terangkan kepada anda perbezaan antara pakej bajet dan pakej premium.
PAKEJ BAJET Pakej bajet ini antara pakej aiskrim yang paling diminati ramai kerana harga pakejnya yang mampu milik terutamanya bagi pasangan yang ingin mengadakan majlis persandingan yang semua tahu akan menelan belanja yang banyak. Jadi Kewujudan pakej bajet ini sedikit sebanyak dapat memeriahkan lagi majlis kahwin anda dengan stall aiskrim kon dari Aiskrim Atok Gon sambil dapat menjimatkan kos perbelanjaan perkahwinan. Apa yang berbeza Pakej Bajet ini dengan Pakej Premium ini cuma pilihan perisa aiskrim sahaja. Pakej Bajet aiskrim kon ini cuma mempunyai 3 perisa aiskrim yang basic sahaja iaitu vanilla, chocolate dan strawberry. Dari segi persembahan booth/stall kami di majlis anda pula, Pakej Bajet ini sama seperti Pakej Premium. Kami akan sediakan booth aiskrim kami dengan konsep Aiskrim Atok Gon dan uniform pekerja yang kemas sama seperti Pakej Premium. PAKEJ PREMIUM Pakej Premium kami pula sesuai untuk majlis yang menitikberatkan kualiti perisa aiskrim yang lebih banyak pilihan dan berkualiti. Pakej Premium ini boleh dipilih dari 6 perisa aiskrim yang sangat memukau seperti Chocolate Ripple, Butterscotch, Tropical Coconut, Lime Ripple, Rasberry Ripple dan Caramel Ripple. Pakej Premium ini sesuai untuk anda yang ingin mengadakan majlis jamuan yang didatangi tetamu VIP atau anda yang mempunyai bajet yang lebih untuk majlis kenduri anda. Kami menjanjikan kepuasan tetamu anda dengan kehadiran Aiskrim Atok Gon di majlis anda. Jadi sempena Promosi Akhir Tahun 2015 ni masih berjalan, tempah AIskrim Atok Gon untuk majlis anda sekarang sementara kalendar kami belum penuh. Meriahkan majlis anda dengan kami yang pasti akan menceriakan tetamu anda dengan aiskrim kon kami. Alhamdulillah ... Selesai sudah kerja kami menyediakan aiskrim untuk majlis akikah dan jamuan raya di Segambut, Kuala Lumpur. Majlis berjalan lancar dan lebih meriah dengan kehadiran Aiskrim Atok Gon untuk majlis ini. Kanak-kanak sibuk makan aiskrim jadi bolehlah mak bapak beramah mesra dengan saudara-mara dan tuan rumah.
Di sini ada nak cerita sikit pengalaman kami sewaktu majlis tersebut berlangsung. Masa hari majlis akikah dan jamuan raya oleh tuan rumah ini, jiran hadapan rumah ini juga ada buat majlis akikah untuk anaknya. Jadi parking memang penuh dan kedua-dua majlis nampak lebih meriah disebabkan ada dua rumah buat majlis akikah serentak. Jiran hadapan rumah ada menjemput satu bas kanak-kanak dari rumah anak yatim dari Titiwangsa. Lepas budak-budak tu dah habis makan, ada segelintir anak yatim ini ternampak bunting Aiskrim Atok Gon dan terus serbu kami walaupun mereka tahu yang rumah ni adalah rumah orang lain. Haha. Walaupun mereka tak dijemput ke majlis rumah ini, kami tetap beri aiskrim percuma kepada mereka. Mereka tiada ibu dan bapa untuk mintak duit untuk beli aiskrim. Keinginan mereka terbatas disebabkan mereka yatim piatu.Teringat zaman kecil dulu mintak je aiskrim dekat kedai runcit, mak atau abah mesti belikan. Tak sampai hati melihat raut wajah mereka meminta belas kasihan untuk meminta hanya satu aiskrim kon. Dalam hati terdetik, rezeki Allah bagi kami berniaga maljis hari ini juga adalah rezeki Allah bagi untuk anak-anak ini. Rezeki patut dikongsi kepada yang memerlukan. Jadi kami berikan satu kon setiap orang. Melihat mereka senyum gembira sudah cukup untuk buat kami rasa berpuas hati. Terpapar di wajah mereka seronok dan gembira dengan hanya sedekahkan satu kon aiskrim sahaja. Dan kami juga turut tersenyum lega melihat mereka yang pada mulanya takut untuk meminta, dan akhirnya tersenyum gembira setelah diberikan secebis ihsan dan belas kasihan untuk mereka menikmati satu aisrim kon. Allahuakbar ... sesungguhnya sesiapa yang ringan tangan untuk bersedekah, Allah akan memurahkan rezekinya berlipat kali ganda. Di penghujung majlis ini, ada seorang bersembang dengan kami dan ingin tempah kami untuk Hari Karnival di sekolahnya di Cheras pada 8 Ogos ini. Alhamdulillah syukur atas kurniaan rezeki yang Allah berikan kepada kami. Terdetik di hati kecil ini, dengan hanya sedekahkan sedikit aiskrim kepada anak-anak yatim itu tadi, Allah telah balasnya tunai kepada kami dengan rezeki yang berlipat kali ganda. Allahuakbar. Aku percaya Allah mendengar niat baikku tadi, aku percaya Allah tahu keikhlasan sedekahku. Kami berjanji akan sedekahkan sebahagian aiskrim kami di setiap majlis atau event yang kami join. Diaharapkan perniagaan kami lebih maju dan rezeki yang kami terima diberkatiNya. Akhir kata, terima kasih kepada tuan rumah kerana menempah Aiskrim Atok Gon untuk majlis akikah dan jamuan hari raya. Diharap tuan rumah berpuas hati dengan perkhidmatan katering aiskrim kami. Semoga keluarga anda berbahagia dan berkati Allah. Dan kepada sesiapa yang ada nak buat majlis, meriahkan majlis anda dengan Aiskrim Atok Gon selagi kalendar kami masih ada slot kosong. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan. Assalamualaikum .. |
Atok Gon BlogBlog tentang aktiviti serta promosi Katering Aiskrim Atok Gon
Kategori |